AKU DAN DIRIKU..

Tuesday, April 10, 2012

Kursus di Kem BTN KLIA

Pada 6/4 hingga 8/4/2012 aku terpilih sebagai salah seorang peserta kursus anjuran CEUPACS di BTN,KLIA, Sepang...aku terpilih kerana Kesatuan Cawangan aku iaitu PACSU adalah dibawah Kesatuan di bawah CEUPACS...aku dan 3 lagi org kawan aku terpilih mengikuti kursus ini...
Kami bertolak ke Kem BTN ,KLIA dari PULAPOL KL pada jam 1330hrs untuk melaporkan diri 
di sana..Sampai disana lebih kurang jam 1445 hrs dan aku dan kawan-kawan ku melaporkan diri di sana sebelum ditempatkan ke dorm masing-masing..sementara menunggu semua peserta sampai kami ditempatkan di salam dewan ...
Nie lah Pemandangan dari luar KEM BTN KLIA

Kursus ini melibatkan banyak jabatan iaitu JPJ,Kementerian kesihatan,Tukang Masak dan kesatuan-kesatuan yang bernaung di bawah CEUPACS termasuk PACSU.Setelah semua peserta sampai melaporkan diri...kami ditempatkan di dorm masing-masing iaitu sebilik dua org,setelah barang-barang diletakkan didalam dorm seperti biasa kami ditempatkan di dalam kumpulan masing-masing...Aku dlm kumpulan 4 seramai 13 org..iaitu dri jabatan JPJ,KASTAM,JKR,TUkang Masak dan PACSU...seramai 7 perempuan dan 6 lelaki..Setelah selasai kami diwajibkan menunaikan solat asar secara berjemaah di surau...sepanjang kursus ini...Dalam kursus ini banyak pengajaran yang aku terima lebih2 lagi bila mlm satu sesi NEGARA DIJAJAH OLEH JEPUN....malam tu mmg kami semua tidak dibenarkan tido sampai subuh...Kami bergerak dalam kumpulan utk mengmpul semua barang-barang lebih kurang kami macam dalam jajahan jepun yang sebenar...setelah selesai brg2 yg telah dikumpulkan dalam kereta, kami dikumpulkan dalam satu kumpulan yang mana kami akan dilepaskan seorang-seorang berjalan menyusuri pagar dalam pukul 3.30pg...Alhamdulillah kumpulan kami semua berjaya mengharungi sesi tersebut..setelah selesai kami diminta pula menyediakan karangan berkenaan kemerdekaan...dan hendaklah dijawab secara individu...dan selesai pada jam 5.00 pagi dan selepas subuh kami dibenarkan berehat ..
Sebenarnya bila kita renungkan kembali berkaitan kursus ini..banyak yang dapat kita pelajari berkaitan komunikasi, keberanian utk bersuara,kemahiran berinteraksi dengan org ramai, kemahiran membuat keputusan dan tidak hanya berkawan dalam satu kelompok sahaja...dari situ kita dapat memperbaiki kelemahan yang kita ada jika kita berada dalam kumpulan besar dan kumpulan kecil...mmg seronok kursus nie,walaupun penat,letih , tak cukup tido tapi aku rasa nak lagi mengikuti kursus seperti ini utk memperbaiki diri aku sendiri...sebab aku ni tak berani berhadapan dengan org ramai...jadi sedikit sebanyak dapat memahirkan diri aku bila berdepan dengan org ramai...
yang best dapat geng yang gila-gila dalam kumpulan aku..iaitu abg ra'ai,eden,shahril,alif,ihsan,zaid,mama,kak saida,ina,lili,adik shima,adik siah dan aku...semua kepala gila2 sampai sakit perut bila bergurau dengan diorang semua..tp semua tu kenangan yang takdapat dilupakan kan pada aku ....Miss u All.....



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...