AKU DAN DIRIKU..

Wednesday, October 31, 2012

Aku muncul kembali...

aduhai lamanya tak update blog aku nie...
biasalah mood kdg ok kdg tak ok...lappy pun asik buat hall jerk,..
malas rasanya nak update...
hidup ku skang telah pun berubah...berubah atas pilihan dia...
Alhamdulillah aku kena kuat utk semua ini..
Aku kena kuat utk ayahku dan adikku dikampung..
apakan dayaku jodoh hanya setakat ini sahaja...tapi aku bersyukur kerana aku masih ada familiy yg bg aku sokongan moral dan bg semangat utkku... Semoga apa yg tertulis tentang kehidupan ku ini menjadi kenangan yang pahit utk aku lalui....kenangan yg mungkin sukar aku lupakan tp aku terpaksa juga lupakan...
Tanggal 11/10/2012... adalah tarikh keramat yg akan aku ingat sampai bila2...tarikh yg buat hidupku utk tempuhi kehidupan baru...Ya Allah kuatkan semangat aku untuk aku lalui semua ini...biarlah apa org nak cakap org nak sibuk amik tau hal aku..yg penting aku tak kacau hidup org lain...Cukuplah aku dengan kehidupan ku sendiri..Semoga kau pelihara diriku Ya Allah...


SEMOGA APA YG BERLAKU ADA HIKMAH DISEBALIKNYA....
AKU REDHA...INSYAALLAH

Tuesday, April 10, 2012

Kursus di Kem BTN KLIA

Pada 6/4 hingga 8/4/2012 aku terpilih sebagai salah seorang peserta kursus anjuran CEUPACS di BTN,KLIA, Sepang...aku terpilih kerana Kesatuan Cawangan aku iaitu PACSU adalah dibawah Kesatuan di bawah CEUPACS...aku dan 3 lagi org kawan aku terpilih mengikuti kursus ini...
Kami bertolak ke Kem BTN ,KLIA dari PULAPOL KL pada jam 1330hrs untuk melaporkan diri 
di sana..Sampai disana lebih kurang jam 1445 hrs dan aku dan kawan-kawan ku melaporkan diri di sana sebelum ditempatkan ke dorm masing-masing..sementara menunggu semua peserta sampai kami ditempatkan di salam dewan ...
Nie lah Pemandangan dari luar KEM BTN KLIA

Kursus ini melibatkan banyak jabatan iaitu JPJ,Kementerian kesihatan,Tukang Masak dan kesatuan-kesatuan yang bernaung di bawah CEUPACS termasuk PACSU.Setelah semua peserta sampai melaporkan diri...kami ditempatkan di dorm masing-masing iaitu sebilik dua org,setelah barang-barang diletakkan didalam dorm seperti biasa kami ditempatkan di dalam kumpulan masing-masing...Aku dlm kumpulan 4 seramai 13 org..iaitu dri jabatan JPJ,KASTAM,JKR,TUkang Masak dan PACSU...seramai 7 perempuan dan 6 lelaki..Setelah selasai kami diwajibkan menunaikan solat asar secara berjemaah di surau...sepanjang kursus ini...Dalam kursus ini banyak pengajaran yang aku terima lebih2 lagi bila mlm satu sesi NEGARA DIJAJAH OLEH JEPUN....malam tu mmg kami semua tidak dibenarkan tido sampai subuh...Kami bergerak dalam kumpulan utk mengmpul semua barang-barang lebih kurang kami macam dalam jajahan jepun yang sebenar...setelah selesai brg2 yg telah dikumpulkan dalam kereta, kami dikumpulkan dalam satu kumpulan yang mana kami akan dilepaskan seorang-seorang berjalan menyusuri pagar dalam pukul 3.30pg...Alhamdulillah kumpulan kami semua berjaya mengharungi sesi tersebut..setelah selesai kami diminta pula menyediakan karangan berkenaan kemerdekaan...dan hendaklah dijawab secara individu...dan selesai pada jam 5.00 pagi dan selepas subuh kami dibenarkan berehat ..
Sebenarnya bila kita renungkan kembali berkaitan kursus ini..banyak yang dapat kita pelajari berkaitan komunikasi, keberanian utk bersuara,kemahiran berinteraksi dengan org ramai, kemahiran membuat keputusan dan tidak hanya berkawan dalam satu kelompok sahaja...dari situ kita dapat memperbaiki kelemahan yang kita ada jika kita berada dalam kumpulan besar dan kumpulan kecil...mmg seronok kursus nie,walaupun penat,letih , tak cukup tido tapi aku rasa nak lagi mengikuti kursus seperti ini utk memperbaiki diri aku sendiri...sebab aku ni tak berani berhadapan dengan org ramai...jadi sedikit sebanyak dapat memahirkan diri aku bila berdepan dengan org ramai...
yang best dapat geng yang gila-gila dalam kumpulan aku..iaitu abg ra'ai,eden,shahril,alif,ihsan,zaid,mama,kak saida,ina,lili,adik shima,adik siah dan aku...semua kepala gila2 sampai sakit perut bila bergurau dengan diorang semua..tp semua tu kenangan yang takdapat dilupakan kan pada aku ....Miss u All.....



Thursday, January 19, 2012

Lagu yang amat menyentuh perasaanku...


Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini
Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu
Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru
Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah
Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia
Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru
Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah
Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia

Buat Seseorang ....

Tuesday, January 10, 2012

Tahun 2012

Selamat Tahun Baru 2012...masuk lagi tahun baru...azam...tetap tak tertunai thn lepas dan azam thn ni nak tunaikan azam yang tak tertunai...apa azam aku...inginkan cahaya mata ...itu lah azam aku setiap tahun....

semua itu rezeki daripada ALLAH SWT..tentu ade hikmah disebaliknya kenapa sampai sekarang aku masih blum ade lagi zuriat...aku harus berdoa dan berusaha dan bersabar...tp sampai bila kan...
takpelahlah AZAM itu harus ku tanamkan jua...sehingga tertunai...INSYAALLAH.....

agak lama jugak aku tak update blog aku nie...aduhai bz bebenor la aku nie....sampaikan nak rehatkan diri sendiri pun tak sempat....hmmmm semua tu dugaan dan ujian buat aku...aku kena terima dan tempuh semuanya...

apa lagi ye aku nak mengomel kat sini...takpelah nanti aku akan update lagi....TUNGGU......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...